• Fri. Feb 23rd, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Saifuddin: Fitnah ke atas Almarhum TSKI Masih bersisa

Jul 20, 2023
Spread the love

Saifuddin Nasution begitu rancak menyerang YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi dan Kerajaan Negeri Kedah, sehingga memalitkan penjawat awam negeri ke lembah politik fitnah yang tidak perlu.

Hakikatnya, sejarah fitnah beliau dan kepimpinan tertinggi PKR terhadap Almarhum Tan Sri Khalid Ibrahim masih kekal bersisa dan belum pernah terpadam dalam ingatan.

Saifuddin selaku Setiausaha Agong PKR ketika itu telah bertanggungjawab menerbitkan dokumen fitnah setebal 91 muka surat.

Dokumen tersebut bukan sahaja mengaibkan Almarhum Tan Sri sendiri, bahkan menjadi punca keretakan politik yang sedang mentadbir Kerajaan Negeri.

Fitnah yang kelihatannya penuh dengan fakta itu dikendong ke hulu ke hilir memaksa Almarhum Tan Sri meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor pada 21 September 2014.

Fitnah ini masih berbekas dan terpapar dalam sejarah hitam politik negara. Hari ini fitnah menjadi makanan Saifuddin untuk menjatuhkan YAB Sanusi.

Siapa yang tegar mempertahankan pentadbiran Almarhum ketika itu? Presiden PAS dan Majlis Syura Ulama’ PAS.

Almarhum meluahkan kekesalannya terhadap fitnah pemimpin partinya sendiri dalam artikel bertajuk, ‘Langkah Kajang, Langkah Kecundang’.

Beliau menukilkan bahawa peristiwa Langkah Kajang dengan dokumen 91 muka surat itu adalah satu aib kepada beliau, menjadi punca keretakan permuafakatan Pakatan Rakyat, pemecah-belah kepada PAS dan merugikan rakyat Negeri Selangor.

Suatu ketika Saifuddin, Rafizi dan Anwar sendiri membuka gelanggang fitnah dan menjatuhkan Almarhum Tan Sri, hari ini watak yang sama sedang menyerang YAB Sanusi.

Begitulah fitnah yang menjadi makanan mereka dalam berpolitik. InsyAllah rakyat akan memberikan signal yang jelas dalam PRN kali ini.

Selamatkan negara daripada politik fitnah PH! Kekal Sanusi dan sokong Perikatan Nasional!

Dato’ Ahmad bin Yahaya
Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah.