• Sat. Dec 7th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Salah guna kuasa Menteri, Fahmi Fadzil dan Tiong King Sing perlu dipecat

Jun 30, 2023
Spread the love

  1. Minggu ini kita saksikan 2 aduan salah guna kuasa oleh Menteri Kerajaan PHUMNO dalam media sosial.
  2. Pertama Menteri Komunikasi dan Digital (KOMEDI) Fahmi Fadzil dikatakan mengugut netizen yang komen ditiktok beliau dengan tangkapan polis. Hanya kerana netizen berbeza pandangan dengannya dalam TikTok, polis digunakan bagi mengugut.
  3. Kedua Menteri Pelancongan Tiong King Sing pula dikatakan menceroboh kawasan ketibaan KLIA tanpa mengambil pas keselamatan, mengarahkan supaya pelancong dari China yang ditahan Imigresen untuk dilepaskan. Ini juga dikatakan kali ke 3 Menteri ini membuat tindakan seperti ini.
  4. Isu ini bukan sahaja salah guna kuasa Menteri, tetapi turut melibatkan keselamatan sempadan masuk negara. Setiap peraturan dan undang-undang ada tujuan bagi menyekat anasir-anasir yang membahayakan negara. Jangan dibakulsampahkan peraturan dan undang-undang ini.
  5. Baru-baru ini di UK, Suella Braverman, Home Secretary telah salah guna kuasa untuk mengelakkan menghadiri driving awarness course dan mengunakan pejabatnya untuk aturkan kelas peribadi buat dirinya. Dia dikecam teruk dan dituntut untuk dipecat serta merta.
  6. Apa yang pelik, perkara ini juga bercanggah dengan manifesto pilihanraya PH yang berjanji akan menghapuskan salah guna kuasa disemua peringkat. Tetapi kini Menteri Kerajaan PHUMNO pula yang ambil kesempatan keatas kuasa ditangan mereka.
  7. PMX perlu segera mengarahkan dua Menteri meletakkan jawatan. Jangan jadi lembu kenyang, duduk dipuncak kuasa dan mengabaikan segala kebobrokan yang berlaku dalam kerajaan anda.

Nurul Islam Mohamed Yusoff

Rujukan:

  1. https://youtu.be/ccWjicavnUw
  2. https://vt.tiktok.com/ZSLSpouK9/