• Tue. Sep 10th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

“Sanusi diserang kerana hebat pemimpin Kedah” – Tuan Ibrahim

Jul 16, 2023
Spread the love

Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa serangan berterusan terhadap Sanusi Nor dibuat lawan kerana “kehebatannya” mentadbir Kedah.

Beliau berkata terbaru Sanusi dituduh menghina Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sehingga pengarah pilihan raya Perikatan Nasional (PN) terpaksa memohon ampun kepada Baginda.

Menurut Tuan Ibrahim, tumpuan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) pada PRN bulan depan seolah-olah di Kedah sahaja, manakala Kelantan dan Terengganu yang turut ditadbir PAS sunyi tanpa ada sebarang aktiviti ceramah.

Tiga lagi negeri terbabit PRN adalah Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang ditadbir PH.

“Seolah-olah pilihan raya ini hanya (sebab) Sanusi sahaja, pasal apa? hebat kepimpinannya dan pencapaiannya sampai ke Kedah (serangan PH-BN).

“Mereka tak fokus Kelantan, saya turun ke sana tiada ceramah PH dan begitu juga di Terengganu…mereka cuba serang Kedah,” katanya dalam ceramah yang turut dihadiri Pengerusi PN Selangor Mohamed Azmin Ali malam tadi.

Baru-baru ini, Sanusi didakwa menghina dan menyentuh perkenan Sultan Selangor berkait pelantikan menteri besar.

Susulan itu, beliau disiasat atas kesalahan isu 3R (kaum, agama dan raja) dan polis setakat setakat semalam telah menerima 57 laporan terhadap menteri besar Kedah itu.

Pada Jumaat, Sanusi telah mengutuskan warkah memohon keampunan kepada Sultan Selangor dan menjelaskan maksud sebenar ucapannya.

Tuan Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian mempertahankan Sanusi kerana ucapannya bukan menghina institusi raja, sebaliknya diputar belit lawan.

Namun belum menyambut baik tindakan Sanusi memohon maaf segera kepada Sultan Selangor dengan segera.