Umno boleh membuat apa sahaja keputusan, sama ada untuk menarik balik sokongan terhadap Perikatan Nasional, ataupun untuk menyokong DAP mahupun Anwar Ibrahim, asal sahaja keputusan itu dibuat mengikut saluran yang betul.
Berbincang biarlah bertempat, Facebook dan group whatsapp bukanlah tempat yang sesuai bagi membincangkan keputusan parti, kalau itu yang dimahukan, biarlah ia diputuskan oleh parti sendiri.
“Tapi saya nak tanyalah, keluar tu nak pergi ke mana? Keluar nak jadi pembangkang ke? Keluar nak sertai DAP ke? Keluar nak bergabung dengan Anwar Ibrahim ke? Kalau itu jalan nak keluar, ayuh kita bincang dulu.
“Nak bincang di mana? Kita bincang di tempat sesuai, bukan dalam Facebook, bukan dalam grup WhatsApp. Parti boleh buat apa saja keputusan, tapi bincang biar bertempat.
“Sesama ahli Majlis Tertinggi (MT), berapa kali nama saya dibedal oleh sama-sama ahli MT. Sampai hari ini saya pilih untuk tak menjawab. Sebab bukan kelasnya kita duduk dalam Majlis Kerja Tertinggi, (tetapi) bedal sesama sendiri.
“Cara orang lain saya tak tahu, tapi bukan cara saya. Tapi saya bukan pondan. Saya bukan pondan politik,” katanya dalam ucapan perasmian Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Ketereh