• Sun. Jan 26th, 2025

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Segerakan pembahagian kerusi, calon bertanding – Razman

Spread the love

SERDANG, 28 OGOS 2022 – Kesimpulan ucapan YB Tuan Haji Razman Zakaria selaku Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional Perak ketika berucap mewakili negeri dalam Konvensyen Perikatan Nasional kali ke-2 di Dewan MAEPS Serdang yang mendapat sorakan gemuruh para perwakilan.

Pelbagai pandangan dan cadangan dari wakil-wakil yang berucap namun tidak ada ertinya sekiranya kemenangan tidak berpihak kepada kita (Perikatan Nasional).

Kebenaran itu akan dapat dikalahkan oleh kebatilan sekiranya kebatilan itu dilaksanakan dengan tersusun dan terancang. Justeru perancangan, strategi yang baik dan kerja yang tersusun mesti dilaksanakan untuk mencapai kemenangan.

Segerakan pembahagian kerusi dan tentukan calon-calon yang bertanding agar mereka dapat segera merancang dan seterusnya bekerja bersungguh-sungguh bagi memastikan hasrat yang ingin dicapai menjadi kenyataan.

Pimpinan yang menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan seperti Menteri dan Timbalan Menteri haruslah berkerja turun padang ke seluruh kawasan-kawasan bagi membawa mesej yang positif kepada pengundi.

Ketetapan penggunaan logo harus dimuktamadkan agar tidak menjadi kekeliruan disaat akhir. Media yang menjadi senjata penting mewujudkan naratif baik dan buruk sesuatu pihak harus digunakan sebaik-baiknya dengan menampilkan realiti pencapaian positif yang dilakukan.