• Fri. Feb 23rd, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Selamat Hari Ulang Tahun PAS ke 71

Nov 24, 2022
Spread the love

71 tahun penuh cabaran, pengalaman dan kenangan.

PAS tetap teguh berdiri mengharungi jatuh bangun perjuangan. Liku perjalanan generasi terdahulu menjadi penguat serta pengajaran untuk ahli PAS terus istiqamah atas landasan perjuangan ini.

Kini PAS terus melangkah gagah dalam medan dakwah, tarbiah dan arus perdana politik tanah air. PAS telah berjaya menjadi parti paling dominan di negara apabila memperoleh 43 kerusi dalam PRU-15. Kemenangan ini pasti menjadi satu peluang juga cabaran buat gerakan Islam.

Usaha penyatuan umah akan tetap digerakkan. Perjuangan ini tidak akan berhenti sehinggalah cita-cita Daulah Islamiyyah tertegak menjadi kenyataan.

Semoga kita semua terus istiqamah dan thabat sehingga kemenangan.

Siiru ala barakatillah