Saya mengucapkan selamat menyambut tahun baharu kepada masyarakat Cina khususnya kaum Tionghua yang hidup bersama kita di Malaysia.
Islam sangat menghormati dan menjaga hubungan antara kaum serta berlaku adil terhadap rakyat tanpa mengira kaum dan agama.
Islam memandang kewujudan kepelbagaian kaum dan bangsa di Malaysia sebagai satu perkara positif berkonsepkan masyarakat majmuk yang berasaskan kepada konsep Negara Madinah di zaman Nabi SAW.
Setiap bangsa mempunyai kelebihan dan kepakaran tersendiri yang boleh dimanfaatkan dengan baik demi membangunkan Malaysia.
Maka marilah semua pihak bersama menjalinkan hubungan yang erat antara sesama keluarga, sanak saudara dan seluruh kaum.
Kerukunan sebegini sangat penting bagi membina sebuah masyarakat yang harmoni dan negara yang stabil.