• Mon. Dec 9th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Selangor gagal tangani banjir, Pro Anwar desak SELCAT siasat segera

Spread the love

SHAH ALAM, 10 JANUARI 2022 –

KERAJAAN SELANGOR GAGAL TANGANI BANJIR, KINI WUJUD DESAKAN AGAR PENDENGARAN AWAM SELCAT DIBUAT SEGERA!!

Kerajaan negeri Selangor tak boleh sewenang-wenangnya lepaskan diri daripada bertanggungjawab dalam bencana banjir buruk yang berlaku di Selangor. Sepatutnya kerajaan negeri perlu mencari punca kegagalan mereka menangani krisis tersebut dari terus menuding jari kepada kerajaan Pusat dalam memberi bantuan aset lebih awal kepada mangsa banjir.

Sebab itulah kumpulan Otai Reformis mendesak untuk kerajaan Selangor mengadakan pendengaran awam mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) bagi mencari punca kegagalan negeri itu menangani bencana ini. Sebagai sebuah negeri termaju, tidak wajar untuk Selangor hanya bergantung kepada bantuan Putrajaya sahaja.

Jelas Pejabat SUK gagal mengkoordinasikan bilik gerakan Unit Bencana Selangor dengan baik apabila air mula menenggelamkan Shah Alam dan Klang ketika itu. Malah, SUK gagal mengaktifkan aset-aset kerajaan negeri, PBT, anak syarikat kerajaan negeri dan pihak lain untuk melakukan kerja-kerja memindahkan mangsa banjir dengan lebih awal lagi.

Ini kerana MBSA mempunyai bot-bot milik Skuad Pasukan Tindakan Segera (PANTAS) tetapi tidak digerakkan ke kawasan terjejas teruk di Sri Muda walaupun kawasan itu hanya terletak 4.5km dari ibu pejabat MBSA. SUK juga mempunyai kuasa untuk meminta bantuan teknikal daripada Regimen Brigade 11 kerana Dato Haris adalah pengerusi JPBN tetapi ianya tidak berlaku.

Sebab itulah kumpulan Otai Reformis mahu SELCAT diadakan supaya kerajaan Selangor memberi jawapan kegagalan mereka dalam mengatasi masalah banjir dan operasi pemindahan mangsa dengan lebih awal. Ketika ini jumlah kematian akibat banjir di Selangor adalah tertinggi berbanding negeri lain dan Amirudin Shari serta barisan exco Selangor kena bertanggungjawab!!

Kenapa NADMA ( National Disaster Management Agency ) kurang koordinate di Selangor ?

Selangor ialah satu-satunya negeri yang tak nak ikut sepenuhnya arahan MKN No 20 bila tubuh Unit Pengurusan Bencana Negeri di bawah MB. APM/JPAM yang sepatutnya coordinate bencana Selangor digantikan oleh Selangor Volunteers (SERVE) pada 29 Ogos 2021.

Kalau negeri lain APM yang beroperasi drpd Pusat Kawalan Operasi Banjir (” PKOB “) akan report terus kpd NADMA tapi di Selangor SERVE ni di bwh Exco Kemasyarakatan & Kesukarelawanan. SERVE koordinate sendiri dan tak report kpd NADMA.

Punya konfiden dgn sistem sendiri walaupun dah ada tempat yang kritikal MB Selangor hanya call minta bantuan kpd PM, Menteri Pertahanan pada pukul 8.30 malam hari kedua bencana walaupun ketika itu sememangnya tentera dan perbagai agensi sudah pun di lapangan

Ketika MB guna media sosial hubungi Menteri Pertahanan ketika sama Hulu Langat, Sepang, Port Klang, Shah Alam dah tenggelam pun.

Cerita mcm ni “familiar” sebab masa Covid dulu pun Selangor buat kepala sendiri. Tak ikut program vaksinasi nasional PICK tapi buat program vaksinasi sendiri nama SELVAX, beli vaksin sendiri, buat jawatankuasa Covid sendiri. Pusat ada MySejahtera tetapi Selangor sengaja buat Selangkah untuk tak nak guna Mysejahtera dan nak kumpul data sendiri tujuan politik.

Tapi bila masalah timbul, roll out slow, sampai Selangor jadi lowest vaccination administration rate in the country. Masa tu ada negeri dah lebih 90%, kebanyakan negeri hampir 90% tapi Selangor belum lepas 80% pun.

Kalau betul Selangor handle banjir mengikut arahan MKN No 20 dan hanya guna SERVE serta tak report kpd NADMA ketika tahap 2, patutlah kurang kordinasi.

MB Selangor kena jawab kpd rakyat, hal bencana jgn dipolitikkan byk nyawa dh melayang. Menurut pengakuan rasmi “kronologi bencana” , MB mengaku sendiri hanya hari ke 3 bencana baru berlaku Mesyuarat Pengurusan Bencana.