Ni juadah Kak Ani Shellrock. Sebuah restoran tepi tasik. Lokasinya di Tasik Shah Alam – mudah sangat nak cari. Menunya banyak, setnya pelbagai – cuma saya agak terkejut dengan harganya yang sangat berbaloi.
Yalah! Nak cari harga murah dengan makanan ‘class’ sebegini agak susah di Bandaraya Shah Alam – bandar orang ‘have-have’ (betul ker bandar ‘have’ ni hihi). Biarpun orang sangat ramai – fullhouse – tapi pematuhan SOP anti Covid-19 sangat diambil berat.
Begini. Ceritanya semalam saya cuba kerangan. Ya, di sini. ‘Melahap’ bersama-sama beberapa sahabat. Kebetulan ‘tauke’nya rakan sebumbung tempat bertugas. Ustaz Yadman namanya. Alhamdulillah sangat berbaloi. Ada lebih lagi.
Kami duduk di satu meja. Tidak lama, ustaz ‘mencampakkan’ pelbagai jenis ‘shellrock’ di atas meja. Ada ketam, ada udang, ada pelbagai kerangan. Ada macam-macam. Sahabat yang alah kerangan, ada pula siakap besar terdampar di atas timbunan macam-macam itu. Nasi juga ada.
Pelbagai jenis air minuman boleh order. Manisan pun ada. Tapi tak perlu bagi orang macam saya – anti gula! Hihi. Agak menarik, Kak Ani juga menyediakan minuman percuma. Ada panas, ada sejuk. Sirap ais juga ada. Ambil dan minumlah sehingga buncit. Ustaz kata, “Bagilah ‘free’ mudah-mudah ada manfaat, boleh hapus apa-apa yang tak berkat.”
Kemudahan pun banyak. Surau lelaki dan perempuan, tempak wudhu’ selesa. Tandas, parking bandaraya ada. Nak buat majlis sambutan pun ada pekejnya – kenduri, keraian, sambutan hari jadi, ulang tahun dan sebagainya.
Permandangan luar sangat menarik. Bak makan terapung di atas air sambil merenung sejauh mata memandang ke tengah tasik. Ewah! Nampak juga bot sewaan yang bersiar, kawan beriadah, keluarga rehat-rehat, telatah anak kecil di pinggiran tasik. Semua di sekeliling. Tapi semalam saya nampak banyak lampu la sebab kami menjamu selepas maghrib.
Lepas makan, sambung dengan sembang-sembang. Lama juga sembang sampai terlupa di sebelah ada adik-adik sedang mengemas barangan. Oh! Jam 10.00 malam rupanya, dah nak tutup. Puluhan pekerja bertungkus-lumus sejak dibuka jam 8.00 pagi, lani masa mereka berehat.
Saya tak pandai ‘review’ tentang makanan. Walaupun makan ‘free’ adalah terbaik, tapi bagi saya inilah restoren ‘wajib rasa’ di Shah Alam bagi atuk nenek, ayah ibu, adik kakak, kecil besar tanpa mengira bangsa dan agama. Saya sangat rekomen, anda perlu datang!
Jika tiada masa untuk hadir, boleh juga buat pesanan melalui Food Panda atau terus call / WhatsApp ke no 019-8681176. Nak curi hendap menu, layarilah Facebook Kak Anie Shellrock – Tasik Shah Alam. Jomm!!
Dr Nabila Din – Media Fastaqim
27.11.2021
p/s Gambar diambil bebas daripada Google.