Berita Khidmat Malaysia
BATU PAHAT, 28 FEB 2022 – Melihat paras air yang semakin membimbangkan, Datuk Siti Zailah Mohd Yussoff merangkap Pengerusi Khidmat Malaysia bergegas dari Senggarang pulang ke Kelantan malam tadi.
Dalam rakaman Live menerusi Facebooknya kelihatan beliau sanggup berhujan meredah banjir demi menyelamatkan beberapa orang penduduk Wanita dan anak-anak kecil menaiki kenderaan pacuan 4 roda.
Inilah gelagat lazim Pengerusi Khidmat Malaysia YB Dato’ Hajah Siti Zailah Mohd Yusoff yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang merangkap Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bila setiap kali Rantau Panjang dilanda banjir.
Kak Lah menyeru kepada semua rakyat Negeri Kelantan dan Terengganu khususnya penduduk Rantau Panjang untuk lebih peka dan bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan. Simpan barangan penting dan peribadi di tempat tinggi dan selamat.
Beliau mengarahkan agar penduduk segera berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) berdekatan dan patuhi arahan pihak berkuasa semasa kerja-kerja menyelamat dan ketika berada di PPS. Paling utama, jaga keselamatan diri dan keluarga.
Kagum sungguh dengan semangat Kak Lah, mana dia dapat energi, stamina dan semangat untuk kesana sini tanpa kelihatan ada nampak wajah letih dan tidak bermaya sebaliknya tetap mendahulukan rakyat dari dirinya sendiri.
Tiada istilah penah lelah dan bosan membantu warga yang perlukan pertolongan dalam kamus perjuangannya.
BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN .. BERAMAL KERANA ALLAH