• Thu. Feb 6th, 2025

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Senggarang titip doa demi keselamatan mangsa banjir Pantai Timur – Khairul Faizi

Spread the love

BATU PAHAT, 27 FEB 2022 –

BENCANA BANJIR DI KELANTAN DAN TERENGGANU : PENDUDUK SENGGARANG MENDOAKAN KESELAMATAN MANGSA BENCANA

Assalamualaikum dan salam khidmat,

Saya menerima maklumat daripada Bilik Gerakan Info Bencana (BGIB) Khidmat Malaysia bahawa Negeri Kelantan dan Terengganu sedang menghadapi bencana banjir di sana ketika ini.

Laporan yang dikemaskini di BGIB pada awal pagi tadi merekodkan sebanyak 12 daerah di Terengganu dan Kelantan terlibat dengan banjir dengan 7,554 orang dari 2,311 jumlah keluarga terlibat dan ditempatkan di 126 pusat pemindahan sementara (PPS) yang mana 93 PPS di Terengganu dan 33 di Kelantan.

Pengerusi Khidmat Malaysia, YB Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusof telah turun ke lokasi yang terlibat dengan banjir di Kelantan dan melaporkan banyak jalan yang telah terputus akibat daripada air yang naik.

Namun begitu, keadaan keseluruhan dilaporkan masih lagi terkawal, makan minum dan keperluan alatan adalah mencukupi dan telah diedar serta diagih kepada mangsa. Kemampuan kerajaan Negeri Terengganu dan Kelantan adalah tidak diragui dalam menguruskan bencana banjir ini.

Walaupun saya masih berada dalam situasi berkempen di DUN Senggarang di PRN Johor ketika ini, hati saya sentiasa bersama dengan para mangsa bencana banjir di sana.

Saya dan penduduk Senggarang mendoakan agar semua mangsa selamat dan sentiasa dilindungi Allah.

Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
Ketua Pengarah Khidmat Malaysia
Senggarang, Batu Pahat
27 Februari 2022

KhidmatMalaysia

PerikatanNasional