KENAPA PAN,PKR DIAM?
Ketika PAS menyuarakan kebimbangan akan serangan ideologi dan ancaman terhadap agama yang dibawa DAP, PAS dikatakan ekstremis.
Tapi sikap diam atas kebatilan yang ditunjukkan oleh PKR dan PAN pula dianggap rahmah.
Pernah berbangkit isu menghina Nabi SAW pada 2019.
Waktu itu seorang ahli DAP ditahan polis kerana memuat naik karikatur yang menghina Nabi Muhammad SAW.
Seluruh umat Islam mengecam perbuatan itu dan menuntut tindakan keras diambil. Puak liberal diam seribu bahasa.
Tiba-tiba keluar kenyataan daripada Pengarah Hal Ehwal Syariah PAN bahawa,
“Ada orang Islam juga menghina nabi secara tidak sedar.”
Hal yang sama berlaku ketika penganjur parti arak Oktoberfest diminta memindahkan upacara ke lokasi tertutup.
Waktu itu bukan sekadar pemimpin DAP yang muncul, bahkan pemimpin PKR turut hadir mempertahankan ‘hak’ orang yang minum alkohol.
Ketika PAS mengemukakan cadangan untuk memperkasakan fungsi Mahkamah Syariah di Parlimen, sekutu DAP dalam PH iaitu PKR dan PAN turut membantah sama.
Sedih melihat pemimpin Melayu Islam yang sanggup diperkudakan dan bersekongkol dengan parti yang jelas menyatakan pendirian anti-Islam.
Puak Islam yang bersama dengan musuh Islam ini adalah duri dalam daging yang berbahaya.
Ya, PAS dulu pernah bersama DAP. Tapi bersyarat. Syarat pertama dan penting adalah “tahaluf (kerjasama) mestilah dijadikan wasilah untuk menegakkan Islam, memperkukuhkan kedudukan umat Islam serta membuka ruang untuk pelaksanaan Islam.”
Bila DAP mula menunjukkan penentangan terhadap agenda Islam, kita berpisah.
PAS tidak akan bersama musuh Islam dan PAS tidak akan bermusuh dengan mereka yang bersopan terhadap umat Islam.
Kepada pemimpin PAN, sila jawab soalan ini: Ada tak meletakkan syarat bahawa penyertaan PAN di dalam Pakatan Harapan perlu dikaji semula sekiranya ia “disyaratkan untuk tidak melaksanakan syariat Islam”? Atau memang kalian menjadi tukang angguk dan ‘back up’ sahaja?
Kata ulama’ salaf (generasi awal umat Islam):
الساكت عن الحق شيطان أخرس، والناطق بالباطل شيطان ناطق، فالذي يقول الباطل، ويدعو إلى الباطل؛ هذا من الشياطين الناطقين.
“Orang yang mendiamkan diri terhadap perkara benar itu ialah syaitan bisu, dan orang yang bercakap perkara yang salah ialah syaitan yang bercakap. Orang yang bercakap dan mengajak kepada yang salah ialah syaitan yang bercakap.”
Apa akan jadi kepada negara yang majoritinya Melayu dan agama Persekutuannya Islam jika orang-orang begini diangkat menjadi pemimpin? Jangan ulang kesilapan lama. PRU kali ini kita pilih pemimpin yang bersih untuk negara yang stabil.