• Thu. Feb 6th, 2025

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Seruan menentang rasuah, mengapa sentimen perkauman yang ditumpu?

Aug 25, 2022
Spread the love

Baru baru ini Tuan Guru Tan Sri Dato Seri Abdul Hadi Awang (TGHH) telah menulis satu artikel bertajuk “Hapuskan Pemberi Rasuah” di mana mesej utamanya menegaskan betapa bahaya rasuah kepada negara dan kepentingan wajibnya menentang menolak penglibatan rasuah dari penerima, pemberi bahkan menolak memilih pemimpin yang mengamalkan rasuah.

Peliknya, kebanyakan respons dari tulisan TGHH itu seperti tidak difahami kebanyakan orang sama ada dari kebanyakan pengamal media mahupun figura politik . Yang mereka faham, tulisan itu satu tuduhan dan mesej kebencian terhadap kepada bukan Islam di Malaysia.

Lebih menghairankan lagi, tidak pula tulisan TGHH itu spesifik bukan bumiputera mahupun bukan muslim akan mana mana negara bahkan tulisan itu lebih berbentuk umum. Mengapakah isu kebencian yang cuba dihidupkan sedangkan mesej utama dari tulisan ini ialah untuk menghapus dan menentang pemberi dan pemimpin yang bergelumang dalam najis rasuah?

Seharusnya mesej dan seruan dari tulisan TGHH ini disokong dan disambut baik supaya dapat mengharmonikan pentadbiran negara bebas dari belenggu rasuah. Tidak usahlah menjadi seperti mencungkil paku di binaan rumah orang kemudian mengadu paku tertusuk di jari sendiri.

Saya nasihatkan buat yang sedang melenting tidak tentu pasal di atas isu yang tidak berasas, bacalah dahulu artikel penuh itu sebelum membuat kenyataan. Jangan hanya membuat kesimpulan di atas bacaan di media atau ulasan mereka yang tidak faham bahasa melayu.

26 Muharram 1444 bersamaan 24 Ogos 2022
Ahmad Syakir Bin Norazli
Ketua Penerangan
Pertubuhan Pendokong dan Pencinta Ulama (Geng Ustaz)