• Sun. Jun 4th, 2023

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Seruan mengundi bagi Parlimen Padang Serai, DUN Tioman

Dec 5, 2022
Spread the love

SERUAN MENGUNDI PRU-15
PARLIMEN P.017 PADANG SERAI DAN DUN N.42 TIOMAN

  1. Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) menyeru seluruh pengundi Parlimen P.017 Padang Serai dan DUN N.42 Tioman supaya keluar menunaikan tanggungjawab yang besar bagi memenangkan calon Perikatan Nasional (PN) menjelang hari pengundian pada hari Rabu, 7 Disember 2022 ini.
  2. Kemenangan PN di Parlimen Padang Serai dan DUN Tioman sangat penting bagi mengekalkan momentum gelombang sokongan rakyat yang mahukan sebuah kepimpinan yang bersih, stabil serta berkredibiliti dalam memperjuangkan isu rakyat.
  3. Pemerintahan PAS/PN di peringkat Kerajaan Persekutuan sebelum ini dan kerajaan negeri-negeri yang sedang ditadbir telah menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat. Oleh itu PRU-15 ini adalah kesinambungan isyarat sokongan yang lebih jelas terhadap pemerintahan semasa khususnya di negeri-negeri yang ditadbir oleh PAS/PN.
  4. Tambahan lagi, pembentukan Jemaah Menteri yang tempang oleh Kerajaan Persekutuan PH Plus baru-baru ini memerlukan kepada sistem semak dan imbang yang efektif di Dewan Rakyat dan DUN Negeri Pahang. Amat nyata bahawa prinsip integriti ini telah digadaikan demi memenuhi kehendak kuasa. Sesunggunnya, kemenangan PN di Parlimen Padang Serai dan DUN Tioman ini akan memperkukuhkan peranan semak dan imbang terhadap Kerajaan.
  5. DUPP menyatakan bahawa pengundian kedua-dua bahagian pilihan raya ini tidak boleh dipandang mudah, bahkan ia adalah langkah yang sangat signifikan menggambarkan rakyat sedang menilai secara dekat perjalanan politik negara.
  6. Oleh yang demikian, DUPP sekali lagi ingin menyeru kepada semua pengundi khususnya kalangan anak-anak muda supaya terus memberikan sokongan padu kepada PN bagi menyampaikan mesej yang bersih dan stabil kepada seluruh negara. Terjemahkan sokongan ini secara sepenuh hati di atas kertas undi kelak dengan mengundi PN!

UNDILAH PERIKATAN NASIONAL!

YB USTAZ DATO’ HAJI AHMAD BIN YAHYA
KETUA DEWAN ULAMAK PAS PUSAT

10 Jamadilawwal 1444 Hijri | 5 Disember 2022 Miladi