• Fri. Feb 23rd, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Setiap kali raya, AKSB ni buat menamo rima?

Jun 27, 2023
Spread the love

Musim rakyat Kelate rama kelik, baik rayo poso atau rayo haji, atau apa apa musim cuti, akan koho geger isu tak cukup air di Kelate. Asbabnya mudah, permintaan bekalan tinggi, pengeluaran pula tak mampu penuhinya.

Asas paling mudah bakpo tak mampu adalah NRW yang tinggi sehingga 53%. Paip tua, buruk, usang, punah, pecah, bocor dan apa jua nama lah yang menyebabkan air hilang tengah jalan. Bekki dah tapi baru sikit jah siap.

Apa pun kita tanya saing saing dalam AKSB puak demo stenbai lagumano setiap kali musim perantau balik rama rama ni? Mugo tahu dah kan air tak akan cukup sokmo.

Jawab sep dio, kijo kuat sokmo, buat semampunya untuk memastikan rakyat bulih guna air, walau susah, cuba sakat mampu rapak jik kata sep dio.

Antara bendo puak dia buat,

  1. Memastikan semuo loji loji air Kelate di seluruh jajahan berfungsi tanpa gagal. Segala kijoan untuk meningkatkan dan menstabilkan bekalan akan dibuat agar bulih supply 524 juta liter sehari.
  2. Kalu ada gangguan letrik, sep staf loji nga pasukan M&E akan segera slaluh berhubung dengan TNB, telepon derek atau update segera dalam gruk wasap JV AKSB-TNB.
  3. Antara lain hak peting adalah perbekalan bahan kimia sama ado klorin, sodium hypoklorite, ACH dan duo tigo kkaro lagi cukup sokmo. Kalu kata habis tiba tiba pun, nombor telepon pembekal on 24 jam.
  4. Pah kalu la kato ada masalah kualiti air ko, proses dia ko, bare kecemasan dan kritikal, Pasukan Unit Kualiti dan Proses akan hungga gi laluh.
  5. Kalu takdan juga, air air bersih terawat dari loji loji AKSB akan dihantar segera kepada rakyat, menggunakan khidmat Lori Air Kontrak (LAK) hak puak kita duk kelih g mari bawak tangki hitam poly tu lah.
  6. Tahap keselamatan dan kualiti air dalam tangki statik akan dipantau sokmo oleh Unit Agihan Jajahan.

Dan ada 7-8 kkaro lagi benda hak puak AKSB duk ready peringkat pengurus jajahan masing masing. Malas ambo nak tulis panje, takut sep demo malas nak baco juga banyak banyak hal gak. Time kita tulis panje panje, nya tanya, “Me bulih lukis ko?” Hahaha baso eh ambo.

Cuma sebagai kesimpulan duk bobey di epot bele bele tunggu kapatube sapa ni, hak kita bulih ngesoh nya adalah pihak AKSB duk plan dan stanby macam macam dah untuk pastikan keperluan adik kakok tercukupi.

Cuma lagutulah, masalah mari sokmo, kelemahan akan tetap juga ada situ sini. Adat jadi makhluk ni gak banyak kekurangan. Paling peting sep demo bekki sokmo upgrade sokmo perbaiki sokmo mutu servis demo. Moga2 masalah air di musim rayo rayo ni dapat dikurangkan seadanya, insyaallah la dekeneh.

Okbai.