• Fri. Oct 7th, 2022

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Siapa dimasukkan dulu dalam liang lahad – UAD

Sep 21, 2022
Spread the love

Melalui hadith ini, Rasulullah صلى الله عليه وسلم mengajar kepada kita kelebihan dalam agama adalah diutamakan dalam segala perkara. Iaitu dalam situasi ini, Rasulullah صلى الله عليه وسلم memilih orang yang lebih banyak hafalan al-Qurannya untuk dikebumikan terlebih dahulu berbanding orang yang kurang menghafalnya. Hal ini sama dengan kedudukan imam solat iaitu orang yang faqih dalam agama lebih diutamakan berbanding orang yang kurang berpengetahuan dalam agama.

Peristiwa ini menyebabkan Rasulullah صلى الله عليه وسلم mengebumikan dua orang syahid di dalam satu liang lahad iaitu Sayidina Abdullah bin Haram dan Amru bin Jumuh.

Menurut jumhur ulama, hukum asal mengebumikan banyak jenazah dalam satu liang lahad adalah tidak dibenarkan.

Walau bagaimanapun, hukumnya akan berubah jika berada dalam keadaan darurat seperti banyaknya orang yang meninggal dan menyukarkan untuk mengebumikan satu jenazah dalam satu liang lahad.

Dalam hal ini, diperbolehkan untuk mengebumikan lebih daripada satu jenazah dalam satu liang lahad.

Buku 40 Hadith Kematian
Shopee: https://bit.ly/37qjomu

TENKIU