• Sat. Dec 7th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Siti Bainun didapati bersalah dera Bella

May 3, 2023
Spread the love

PENGASAS Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur, atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya melibatkan seorang remaja Sindrom Down dikenali sebagai Bella.

Hakim Mahkamah Sesyen Izralizam Sanusi membuat keputusan itu pada akhir kes pembelaan pada Rabu.

Bagi kedua-dua pertuduhan, Siti Bainun didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Seramai 22 saksi pendakwaan memberi keterangan dalam perbicaraan di peringkat pendakwaan yang bermula 30 Mac 2022, termasuk seorang bekas penghuni Rumah Bonda, Yasmin Nahar Mahmood; pakar psikiatri, Dr Wan Asyikin Wan Azlan, penolong pengurus sebuah syarikat swasta, Zurianty Sudin dan pakar bedah plastik Dr Salmi Mohamed Shukur.

Pada 24 November, mahkamah memerintahkan Siti Bainun membela diri selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan prima facie di akhir kes pendakwaan.

Siti Bainun didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021.