Umum mengetahui, semalam berlangsungnya Himpunan MADANI di negeri Kedah yang turut dihadiri ribuan rakyat negeri tersebut.
Bukan itu sahaja, majlis tersebut turut diserikan dengan persembahan dua orang penyanyi terkemuka negara iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan Datuk Amy Search.
Bagaimanapun, perkongsian Siti Nurhaliza menjadi perhatian apabila memuat naik status mengatakan beliau dijemput untuk memeriahkan majlis.
“Saya hadir malam tadi hanya dijemput untuk memeriahkan majlis. Tak sangka pula ianya adalah seperti majlis politik,” tulisnya.
Menerusi posting di Facebook itu, Siti berkata tidak menyangka ianya seperti majlis politik. Namun, beliau tetap menghormati warga negeri Kedah tanpa ada niat politik.
“Saya tetap menghormati warga negeri Kedah yang saya hadir semalam tanpa ada apa-apa niat politik dan saya tetap menyatakan pendirian untuk menghormati kerjaan negeri,” tulisnya.
Difahamkan, semalam berlangsungnya Himpunan Madani dan hari ini diteruskan dengan Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani di Hotel Raia, Alor Setar