Saya berhenti lelah berfikir sebentar mencari jalan untuk membantu ramai lagi mangsa banjir yang belum mendapat tempat perlindungan malam ini.
Mereka dalam kesejukan, ada anak kecil, ibu-ibu, warga emas, OKU & keluarga yang amat memerlukan tempat berteduh kerana rumah mereka dinaiki air banjir akibat hujan lebat beterusan dari semalam
Kami cuba membantu sedaya mampu melalui apa sahaja agensi & pihak yang sudi membantu. Kami akan cuba memastikan mereka mendapat tempat untuk mereka tidur & keperluan pada malam ini.
Pada mereka yang masih belum mendapat tempat perlindungan, saya mohon untuk anda pergi ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang berdekatan.