• Fri. Dec 6th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

“Skil gusti ayah setanding Undertaker”, aksi Ayahanda Rani Kulup belasah ahli gusti dirakam

Spread the love

Baru-baru ini viral di media sosial video berdurasi 1 minit 47 saat yang menunjukkan Rani Kulup ditolak ahli gusti berkenaan.

“Ayah berpeluang menyaksikan pertandingan gusti di Taman Tun Dr Ismail baru-baru ini. Sungguh ganas dan penuh dengan aksi lasak selain pergaduhan sampai keluar gelanggang selepas pengadil membatalkan perlawanan itu.

“Ayah pada mulanya menasihati ahli gusti itu untuk berhenti dari membelasah lawannya namun badannya ditolak. Ia satu pantang jika arahan yang diberi tidak diikuti.

“Lantas ayah melawan tetapi ia hanya sebagai peringatan supaya semua ahli gusti yang akan bertanding selepas ini mematuhi undang-undang. Ayah bukan hendak menunjuk tetapi tidak pernah gentar dengan mana-mana ahli gusti walaupun bertaraf antarabangsa seperti Undertaker,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mana-mana pemain sukan lasak yang melibatkan pertempuran seperti gusti perlu sentiasa mematuhi peraturan selain mengikuti keputusan pengadil pertandingan.

Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah berkata, ia undang-undang yang tidak boleh diingkari malah perlu dihormati di dalam mana-mana sukan sekalipun.

Ia merupakan antara perlawanan yang berlangsung di Ku-Ash Theater, Taman Tun Dr Ismail di sini dan dianjurkan organisasi gusti profesional pertama negara, Malaysia Pro Wrestling (MYPW).

Pertandingan itu menampilkan lapan perlawanan yang penuh aksi dan amat bertenaga, ianya berjaya menarik lebih 400 penonton yang memenuhi arena.

Dalam pada itu kata Rani Kulup, sukan lasak seperti gusti dilihat boleh dikembangkan lagi di negara ini agar bintang tempatan di dalam acara itu dapat dilahirkan.

“Bukan sahaja Undertaker, kita sebenarnya mampu melahirkan John Cena, The Rock, ‘Stone Cold’ Steve Austin dan ramai lagi bintang setaraf ahli gusti antarabangsa pada masa akan datang.

“Ia akan meningkatkan taraf sukan negara dan memberi aspek baharu dalam dunia gusti negara. Selama ini kita hanya pandai melihat di kaca televisyen sahaja, siapa tahu satu hari nanti kita ada bintang gusti sendiri,” jelasnya.

Selain MYPW, satu kelab komuniti Peminat Gusti Malaysia di Facebook kini telah menghimpunkan lebih 14,000 peminat gusti di negara ini.Kelab yang diasaskan pada tahun 2010 itu kini merupakan platform utama para peminat gusti di Malaysia untuk berkongsi minat yang mendalam terhadap sukan gusti professional.