Assalamu’alaikum,
Bakal pemilih yang dihormati sekelian.
Alhamdulillah, selepas seminggu tempoh kempen PRU15 berlalu, rakyat negeri ini dapat mengekalkan suasana aman dan harmoni. Semoga situasi ini berterusan.
Mutakhir ini, sokongan rakyat Kedah umumnya terhadap Perikatan Nasional sungguh luarbiasa, lebih-lebih lagi dari kalangan anak-anak muda. Saya yakin momentum ini akan berterusan sehingga hari pembuangan undi.
Komitment yang ditunjukkan para petugas Perikatan Nasional di semua peringkat juga sedang berada di tahap tertinggi.
Di tengah-tengah melonjaknya sokongan rakyat dan keghairahan terhadap kemenangan yang bakal dikecapi, saya mengambil kesempatan untuk memohon maaf atas sebarang kekhilafan tertentu dalam berkempen dan ianya bukan berlaku atas restu kepimpinan parti.
Semoga Allah memberi kemenangan yang besar kepada parti yang sedang berjuang untuk menegakkan sebuah kerajaan yang Prihatin, Bersih dan Stabil.
PN BEST.
Dato’ Ahmad bin Yahaya
Pesuruhjaya PAS Kedah
12 November 2022