SHAH ALAM, 22 MEI 2022 – Kerajaan negeri Selangor akan memaklumkan perkembangan terkini berhubung isu bekalan ayam yang didakwa tidak mencukupi sejak kebelakangan ini, pada Isnin ini.
EXCO-EXCO Selangor berkata pihaknya perlu berbincang terlebih dahulu untuk mengetahui status sebenar bekalan bahan mentah tersebut.
“Kita kena tengok maklumat sebenar dahulu, adakah kerana unsur bekalan kurang ataupun mungkin elemen lain.
Semalam media melaporkan, Pengerusi Persatuan Penternak Ayam Negeri Selangor (PPANS) Idrus Zainal Abidin mengesahkan tiada pengeluaran ayam dari ladang hari ini disebabkan isu bekalan yang berpunca ayam sakit.
Khamis lepas, EXCO Izham Hashim ketika mengulas mengenai bekalan ayam di Selangor berkata rakyat negeri itu tidak perlu khuatir berhubung perkara tersebut kerana ia masih terkawal terutama apabila kerajaan bersetuju tidak mengenakan permit import (AP) bagi mengimport sebarang bahan makanan yang berkuat kuasa serta-merta.