• Fri. Feb 23rd, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Street Dakwah PAS Pusat menjelang Tahun 2024 disambut meriah

Dec 31, 2023
Spread the love

Kuala Lumpur, 31hb Disember 2023 – Lajnah Dakwah PAS Pusat telah berjaya menganjurkan program Street Dakwah di Dataran Merdeka Kuala Lumpur menjelang Tahun baharu 2024 yang diketuai oleh Pengerusi Lajnah Dakwah PAS Pusat Ustaz Haji Nasruddin Hassan At Tantawi.

Selain dari kata-kata semangat dari Pengerusi, dan pendakwah-pendakwah jemputan menjelang tahun 2024, para sukarelawan juga mengedar risalah sambil dihiburkan dengan persembahan Buskers Qasidah.

Program Street Dakwah atau dakwah jalanan merupakan salah satu platform untuk menyampaikan mesej Islam yang sebenar kepada masyarakat yang hadir di malam ini.

Program yang diketuai oleh Ustaz Nasruddin Hassan At Tantawi turut diserikan dengan kehadiran Pengerusi Lajnah Dakwah Pemuda PAS Malaysia Ustaz Harun Esa juga Pendakwah
Ustaz Muhammad Bin Abdullah atau dengan nama popularnya Ustaz Mad Kecik.

Semoga kerja-kerja dakwah ini diteruskan dari masa ke semasa demi memberi kefahaman tentang prinsip PAS yang bukan sahaja sebagai parti politik tetapi adalah juga sebagai medan dakwah.