• Wed. Sep 11th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

SUA UMNO tegur MKT sendiri gara-gara kritik Rafizi

Jun 2, 2023
Spread the love

KUALA LUMPUR – UMNO memberi peringatan kepada ahli Majlis Kerja Tertinggi, Datuk Mohd Puad Zarkashi agar tidak menyerang parti atau pemimpin lain dalam Kerajaan Perpaduan.

Setiausaha Agungnya, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, nasihat itu diberikan kerana parti terikat dengan tanggungjawab kolektif memandangkan UMNO adalah sebahagian daripada komponen kerajaan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Puad yang mengkritik prestasi Rafizi Ramli sebagai Menteri Ekonomi dengan mempersoal rancangan pemulihan pertumbuhan negara.

“Hal ini adalah sesuatu yang perlu kita kawal. Tiada guna kita terus menyerang antara satu sama lain untuk memuaskan hati pihak tertentu.

“Apa yang penting sekarang ialah kita beri tumpuan untuk bantu majukan negara demi rakyat. Ini bukan persembahan one-man show, kita perlu hentikan blame game ini,” katanya pada sidang media sempena PAU 2023 di Menara Dato’ Onn, di sini, hari ini.

Semalam, Rafizi mengingatkan Puad bahawa mereka kini berada dalam satu gabungan dan sebarang kritikan berterusan mampu menjejaskan sokongan penyokong Pakatan Harapan menjelang Pilihan Raya Negeri nanti.- MalaysiaGazette