• Wed. Sep 11th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Tahniah kerajaan Kedah atas kejayaan sebagai Tuan Rumah LIMA 2023

May 26, 2023
Spread the love

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS KEDAH

TAHNIAH KERAJAAN NEGERI KEDAH ATAS KEJAYAAN SEBAGAI TUAN RUMAH LIMA 2023

  1. Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah merakamkan ucapan tahniah atas kejayaan sebagai tuan rumah penganjuran Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA’23).
  2. Sikap meraikan tetamu yang ditunjukkan oleh YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Besar Kedah, barisan EXCO serta penjawat awam negeri seharusnya mendapat pujian.

Walaupun di awal ada sedikit kontroversi dengan mengaitkan bahawa kerajaan persekutuan tidak menjemput YAB DS MB Kedah ke LIMA 2023.

Namun YAB DS MB Kedah tetap memberikan tumpuan mengatur langkah bersama jentera kerajaan negeri bertungkus-lumus bekerja bagi memastikan penganjuran LIMA’23 dapat berjalan dengan lancar di samping mengenepikan perbezaan pandangan yang timbul sebelumnya.

Tahniah YAB DS MB Kedah dan Kerajaan negeri Kedah atas komitmen bagi memastikan penganjuran LIMA 2023 sebagai tuan rumah berjalan dengan jayanya.

USTAZ NASRUN BIN OTHMAN
KETUA PEMUDA,
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH.

Khamis | 25 Mei 2023 | 5 Zulkaedah 1444H