• Mon. Dec 9th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Tak salah jatuhkan kerajaan

Mar 29, 2023
Spread the love

“Hak bagi wakil rakyat memang ada untuk menukar kerajaan.”-Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Masyarakat dan penyokong PH-BN tidak perlu terkejut dengan kenyataan Tun M ini kerana hakikatnya usaha menjatuhkan kerajaan telah berlaku sejak zaman Tun Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri keempat lagi diikuti dengan zaman Perdana Menteri kelima, keenam, ketujuh, kelapan dan kesembilan.

Ada usaha yang gagal dan ada yang hampir berjaya.

Lupakah penyokong PH dengan perjuangan Dato’ Seri Anwar Ibrahim mejatuhkan kerajaan selama berpuluh tahun itu?

Tidak perlu melenting ibarat cacing kepanasan apabila ada pihak yang ingin menjatuhkan kerajaan MADANI terutama apabila kerajaan ini gagal berfungsi dengan baik.

Selain itu, tugas menjatuhkan kerajaan sememangnya adalah sebahagian daripada tugas-tugas besar pembangkang dan ia tidak melanggar undang-undang kerana ianya dilakukan mengikut lunas-lunas peraturan dalam sistem Demokrasi Berparlimen Raja Berpelembagaan.

Berpuluh tahun Dato’ Seri Anwar Ibrahim berusaha menjatuhkan kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri ketika beliau memimpin pasukan pembangkang, takkan apabila beliau menjadi Perdana Menteri, pembangkang hanya perlu duduk diam membutakan mata melihat kerosakan yang dilakukan oleh kerajaan MADANI?

Apa pula makna di sebalik laporan polis oleh pemuda-pemuda PH sehinggakan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman perlu melakukan siasatan lanjutan ke atas Presiden PAS, YB Tan Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berhubung kenyataan beliau untuk menjatuhkan kerajaan seperti yang pernah dilakukan oleh Anwar suatu ketika dahulu?

Kalau “strong, formidable and convincing”, kenapa perlu takut?

Sekian.

ABDUL BASITH ABDUL HALIM
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Selangor

29 Mac 2023