• Fri. Feb 23rd, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Tak sangka makhluk yang melaungkan kebebasan bersuara hanya untuk pihak mereka – DD Chronic

Dec 18, 2022
Spread the love

Pemilik akaun FB, DD Chronic yang mengubah lagu anak kecil main api baru-baru ini kesal apabila ada pihak yang tidak dapat menerima kebebasan bersuara masyarakat.

Beliau berkata dalam satu telegram “Pro Anwar Ibrahim Offical” telah meminta semua ahlinya agar unfollow page beliau berikutan lagu yang disiarkannya menyinggung perasaan mereka.

“Pergh… Kawan petik qada dan qadar. Kita huznuzon je lah dulu perkataan qada dan qadar ni belum wujud masa pergulingan bersin 1.0 – 5.0 for clean and fair election. Baru kena hoi ya hoi sikit dah pedih ulu hati.😅😅

“Lepas ni boleh dah mintak 5617 org ahli tu tandatangan MoU. Ye lah, takut ade yang tak unfollow pulak kan,” katanya menerusi kiriman di facebooknya.

Beliau tidak menyangka makhluk yang melaungkan kebebasan bersuara satu ketika dulu sebenarnya hanya utk pihak mereka dan bukan pihak lain.

“Akhlak bersaing dalam apa2 bidang semua sama. Mesti bersaing secara sihat. Bila kau dengki dengan orang berjaya, kau kena berusaha jadi berjaya macam dia. Bukan kau santau dia.

“Walau apa pun, aku tak anggap orang sana musuh. Kita cuma beza fahaman je. Kalau kau rasa konten aku tak sesuai dgn fahaman kau, unfollow jelah sorang2. Kawan2 kau yang lain masih nak follow aku pasal diorang masih suka cari pasal kat post2 pihak lawan. Tolong jangan sekat hobi mereka,” katanya.

Voice