Tidak mahu jadi hipokrit dijadikan alasan buat keputusan untuk tidak lagi bertudung? Apa semua ini? Itulah antara jawapan yang diberikan pelakon, Alya Iman selepas tiba-tiba tampil tidak berhijab baru-baru ini.
Nur Alya Iman Azmil juga menegaskan dia mahu menjadi diri sendiri dan tidak mahu menipu orang ramai tentang penampilannya di media sosial.
Tidak berdiam diri, Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani tampil membidas kenyataan Nur Alya yang berkata manusia yang membuka dan mendedahkan aurat itulah sebenarnya manusia hipokrit.
Tak kesian ke dengan arwah ayah yang soleh sampai sanggup buat dosa besar?
Kenapa bila pergi kubur atau mahkamah syariah kalian boleh menutup aurat?
Kenapa saat kalian menjadi mayat, kalian ditutup aurat untuk menghadap Allah SWT? Tiba-tiba sekarang baru nak sebut tak nak digelar manusia hipokrit?
Tak ada belaskah dalam dada kalian terhadap arwah ayah yang soleh itu sampai sanggup melakukan dosa besar ini?
- OMedia