• Sun. Jun 4th, 2023

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Tamat operasi judi: Mufti Pulau Pinang ucap tahniah kepada MB Kedah

Jan 3, 2023 ,
Spread the love

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor, menzahirkan ucapan tahniah beliau kepada Kerajaan Kedah kerana berpendirian tegas menamatkan sepenuhnya semua operasi premis perjudian dan loteri di negeri itu.

Wan Salim berkata, pengharaman judi dan minuman arak ke atas umat Islam sudah dinyatakan secara jelas dalam kitab suci al-Quran (Surah al-Maidah: 90-91).

Beliau menjelaskan, sebab pengharaman itu sebagaimana dinyatakan dalam ayat sama ialah arak dan judi diperalatkan oleh syaitan bagi mencetuskan perseteruan serta kebencian dalam kalangan anggota masyarakat, selain menghalang mereka daripada mengingati Allah SWT dan menunaikan solat.

“Al-Quran juga ada menyebut bahawa antara fungsi utama pihak yang diberi kuasa pemerintahan ialah menyuruh kepada kebajikan, mencegah kemungkaran dan memastikan solat didirikan oleh masyarakat yang beragama Islam (Surah al-Hajj: 41),” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

TENKIU