SHAH ALAM, 30 APRIL 2022 – Ketika umat Islam sedang rancak membuat persiapan terakhir menjelang Aidilfitri, Tan Sri Khalid Ibrahim pula dimaklumkan sedang menjalani rawatan di sebuah hospital swasta.
Khabar tidak gembira ini dimaklumkan oleh pentadbir Facebook bekas Menteri Besar Selangor itu yang mengesahkan beliau telah dimasukkan ke hospital swasta sejak beberapa hari lalu kerana jangkitan kuman.
“Hari ini kami para pegawai YBhg Tan Sri Abdul Khalid telah dibenarkan menziarahi beliau di hospital. Meskipun stabil, kami merasakan keadaan beliau agak membimbangkan.
“Kami pohon agar rakan-rakan semua mendoakan agar kesihatan beliau pulih seperti sediakala serta segala urusan perubatannya dipermudahkan Allah SWT.
Sekian, terima kasih,” katanya.
Khalid Ibrahim pernah menjadi Menteri Besar Selangor pada tahun 2008 hingga 2015.
Beliau juga pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ijok dan Pelabuhan Klang atas tiket PKR.