• Sun. Jun 4th, 2023

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Tanpa cabutan bertuah motosikal, 50 ribu serbu Rumah Terbuka MB Kedah

Apr 27, 2023
Spread the love

ALOR SETAR – Orang ramai mula membanjiri kediaman rasmi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor di Seri Mentaloon sejak 11 pagi.

Suasana pekarangan Seri Mentaloon dipenuhi orang ramai yang hadir bagi memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri yang dijadual berakhir pada 4 petang.

Muhammad Sanusi ketika ditemui menyatakan rasa gembira dengan kehadiran cecah 50,000 dan sebanyak 28 menu disajikan kepada pengunjung.

MB Kedah juga menyifatkan sambutan luar jangka ini sebagai petanda baik kepada Perikatan Nasional (PN) untuk berdepan saingan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka diadakan pertengahan tahun ini.