Mencari restoran beraneka masakan Melayu di Shah Alam? Jom kita sergah *Restoran Soto Shah Alam*. Menu sarapannya – sederet halwa kuih-muih, bubur pelbagai gaya dan warna. Roti canai banjir, nasi lemak sambal sotong, kerang, paru suatu kemestian menggamit lidah anda. Seperti namanya, soto – bervariasi mee, bihun atau nasi impit di restoran ini wajib dicuba.
Tengah hari anda boleh sambung merasa pelbagai lauk-pauk yang melimpah-ruah – daging bakar cili padi, ayam percik, gulai itik dihidang bersama sup makanan laut. Dari nasi kerabu, pulut hinggalah ulam-ulaman kampung dicicah sambal tempoyak semuanya ada. Rambang mata dibuatnya. ‘Pergh!’.
Tengah hari tadi, team admin Portal Shah Alamku sempat terjah makan sambil ‘post’ bahan. Kami semuanya anak-anak muda. Makan tak ingat penyakit dunia!, walaupun musim Covid-19. Hihi. ‘Berahi’ sungguh dengan siput sedut masak keladi – resepi orang tua-tua. Akhirnya bertemu. Tetapi, dibungkus dibawa balik – bimbang tertumpah atas mobile ketika asyik berwhatsapp.
Restoran ni terletak di No. 12, Jalan Liku B 8/B, Seksyen 8 Shah Alam. Boleh waze. Jom kawan-kawan kita singgah. Minggu depan kita jalan-jalan ‘santap’ di restoran lain pula :).