TEKNOKRAT AKADEMIA TAWARAN PN BUAT RAKYAT
- PAS mula menawarkan khidmat teknokrat sewaktu pilihanraya secara serius bermula PRU-14 lagi.
- Kepimpinan teknokrat boleh ditafsirkan sebagai kepimpinan oleh kelompok yang mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu dan diletakkan pada posisi kepimpinan dan pengurusan yang sesuai dengan kepakaran mereka.
- Bagi PRN 2023 yang bakal menjelang ini, PN dan PAS menawarkan dua muka baharu tokoh akademia yang telah memilih wadah PN untuk menabur bakti kepada rakyat.
- Yang pertama, Prof Dato Dr Halim Tamuri yang telah dicalonkan di Paya Jaras Sungai Buloh. Pengalaman luas Dr Halim sebagai ahli ilmu dan juga dalam dunia pengurusan peringkat IPT memberikan kelebihan kepada beliau dari sudut pengurusan strategik dan idea-idea segar untuk pembangunan Paya Jaras. Antara sisi kuat beliau adalah seperti berikut:
(i) PhD Pendidikan Islam, University of Birmingham
(ii) Pengalaman hampir 30 tahun dalam dunia akademik bermula di UKM
(iii) Pengalaman sebagai Rektor KUIS bermula 2013-2021
(iv) Ahli Jawatankuasa Dasar Pendidikan Negara
- Di Jitra, Kedah, PN menampilkan tokoh masyarakat yang tidak asing lagi menerusi siri-siri ucapan beliau yang amat dekat dengan rakyat. Prof Dr Haim Hilman yang disingkirkan dari dunia akademik akibat politik dalaman telah memilih wadah PN sebagai penerus perjuangan beliau.
- Lepasan PhD dalam jurusan Pengurusan Strategik ini yang juga mantan Naib Canselor UUM berasal dari anak kampung yang kenal benar dengan jerih perih rakyat. Menerusi pengalaman luas beliau dalam dunia akademik, Jitra akan cuba dibangunkan sebagai wilayah ilmu sekaligus mampu memanifestasikan wawasan ‘Cordoba of Kedah’ yang sedang giat diusahakan Sanusi sekarang
- Dua calon cendekiawan ini menjadi bukti Perikatan Nasional serius dalam mentadbir negeri dan negara dengan amalan tadbir urus yang profesional dan kompeten. Sentimen lebai kampung yang hanya mampu berceramah serta tidak boleh bergaul dengan masyarakat bandar adalah momokan murah yang sekian lama ditabur musuh politik PN dan PAS
- Ayuh warga 6 negeri, kita pilih Perikatan Nasional wadah paling bersih dan stabil untuk kemakmuran negara Malaysia.