• Mon. Dec 9th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

TEMCO Perlis dan Kedah tamat bermula 26 Ogos

Aug 25, 2020 , , , ,
Spread the love

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bersasar secara pentadbiran (TEMCO) di Kampung Sanglang dan Kampung Tanah Timbul, Perlis serta empat mukim di Kubang Pasu dan Padang Terap, Kedah tamat bermula 26 Ogos.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu diambil setelah mengambil kira tiada kes baharu COVID-19 dan kesemua penduduk di kawasan terlibat telah disaring.

“KKM telah menyaring 1,397 penduduk di Kampung Sanglang dan Kampung Tanah Timbul serta lebih 7,000 penduduk di Kubang Pasu dan Padang Terap.“Setelah mendapat nasihat daripada KKM kerajaan memutuskan bahawa TEMCO tidak perlu lagi dikenakan kerana kawalan secara kumpulan bersasar masih boleh memastikan jangkitan awal,” katanya ketika sidang media hariannya pada Selasa.

Dalam pada itu, Ismail Sabri turut memaklumkan terdapat beberapa kes positif dilaporkan di empat daerah di Kedah melibatkan Kluster Tawar.Bagaimanapun katanya, pelaksanaan TEMCO di kawasan tersebut masih tidak perlu dilaksanakan sebaliknya hanya melaksanakan kawalan pergerakan secara bersasar di kawasan terlibat.