KUALA SELANGOR, 8 JUN 2022 – Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz berkata beliau tidak memikirkan isu politik termasuk khabar angin akan bertanding di kerusi Parlimen Kuala Selangor kerana tumpuannya sekarang adalah terhadap usaha pemulihan ekonomi negara.
“Sekarang ini masih lagi pada tugas di MOF (Kementerian Kewangan), tidak ada memikirkan isu politik. Isu yang sedang dihadapi (sekarang) dalam pemulihan negara dan fokus kepada tugas kita,” katanya.
Namun, ketika ditanya lebih lanjut hasrat beliau untuk bertanding, Zafrul berkata : “Bukan pada masa ini.”
Kerusi Parlimen Kuala Selangor kini disandang Dzulkefly Ahmad daripada Amanah, yang sebelum ini dilaporkan, berkata beliau tidak akan bertanding pada PRU15 kerana mahu memberi peluang kepada pemimpin muda Amanah.