• Sun. Jan 26th, 2025

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

“Terima Kasih atas khidmat anda” PJ PAS Perak puji Jabatan Amal di Muktamar

Spread the love

KEDAH, 3 OGOS 2022 – “Sekejap dengar loghat utara, sekejap dengar loghat Kelantan, kemudian loghat Perak.

Inilah barisan Jabatan Unit Amal yang datang dari pelbagai negeri turun ke Muktamar Tahunan bagi memastikan perjalanan program berjalan lancar.

Terima kasih atas khidmat anda dan jazakumullahu khairan pakteh ucapkan.”

Begitulah perkongsian Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YB Haji Razman Zakaria tentang penglibatan Jabatan Amal sewaktu Muktamar PAS ke 68 di Kedah hari ini.

Tentera Merah, nama gelaran yang diberi merupakan pasukan yang diberi kepercayaan bagi membantu kerja-kerja terutama ketika mengadakan program-program besar yang melibatkan jemaah.

Ramai yang bangga apabila mengenakan uniform Jabatan Amal Malaysia di tubuh mereka. Mereka semua ini terdiri daripada insan yang bermacam latar belakang. Ada yang biasa, ada yang profesional semuanya dengan kemahiran masing-masing.

Moto Jabatan Amal Malaysia iaitu ‘Beramal Kerana Allah’, pasti akan ramai yang memahaminya dengan mudah. Ia bukan sekadar moto biasa, ia adalah manifestasi kepada niat semua ahli Jabatan Amal Malaysia.

Dan jelas ia dibuktikan dengan perbuatan mereka semenjak bertahun dahulu, berterusan sehingga kini.