Media Fastaqim mengucapkan terima kasih kepada dua NGO dan beberapa individu yang merealisasikan hasrat kami membeli sebuah laptop tambahan untuk digunakan dalam proses rekabentuk dan penyediaan bahan kempen PRU-15.
Peranti tersebut di bawah tanggungjawab dua pemegang amanah dan telah diserahkan kepada Ketua Grafik Digital di Bilik Operasi baru-baru ini untuk digunakan sebaiknya.
Pembelian ini memenuhi keperluan kami selain sebuah laptop berkuasa tinggi dibeli pada 12.2.2022 yang digunakan sepenuhnya untuk sistem blasting, aplikasi user-login dan autoprogramming media kami.
Seperti dimaklumkan sebelum ini, team kami bergerak secara harian dengan pelbagai pelan tindakan portal serta medsos dengan fokus ofensif dan defensif bahan di seluruh negara, malah telah menerima ‘task’ daripada pusat, negeri dan parlimen tertentu.
Justeru, kami memerlukan tenaga barisan kedua untuk membantu kerja-kerja ini, dan jika tidak mampu bolehlah membantu kami dari sudut peralatan, makanan mahupun kewangan.
Sebarang sumbangan bolehlah menghubungi koordinator 0132667777 dan infaq melalui akaun Maybank 568621034929 (Fastaqim Empire) atau online. Jazakumullah Khayra.
Editor
Media Fastaqim
31 Oktober 2022
Sumbangan online:
https://toyyibpay.com/INFAQ-MEDIA-FASTAQIM
