• Sun. Jan 26th, 2025

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Terima kasih Jabatan Amal, Negara terhutang budi pada mereka

Spread the love

SHAH ALAM, 31 DISEMBER 2021 – Ketika ramai mangsa banjir terperangkap di rumah dan mengharapkan pertolongan, tanpa kita sedari sebenarnya ada golongan tertentu yang sanggup mengorbankan masa dan tenaga untuk menghulurkan bantuan.

Tanpa menghiraukan penat lelah atau keselamatan sendiri, badan bukan kerajaan (NGO), persatuan dan orang perseorangan ini tampil meredah arus sungai untuk melakukan kerja menyelamat.

Mereka bukan sahaja bantu mengeluarkan mangsa yang terperangkap, malahan ada yang menghulurkan bantuan makanan dan menyediakan tempat perlindungan sementara untuk mangsa.

Selain itu, ada juga ahli-ahli persatuan bergotong-royong menyediakan makanan untuk dihantar kepada mangsa yang sedang kesejukan dan kelaparan.

Malah, selepas air surut, kumpulan sukarelawan membantu kerja pembersihan.

Lihatlah bagaimana pengorbanan Allahyarham Ahmad Zaki Mahbar, seorang anggota amal Pas yang pitam dan tidak sedarkan diri sebelum meninggal dunia ketika mengikut misi bantu pembersihan pasca banjir di Bukit Changgang, Selangor dan kawasan sekitarnya.

Mereka tidak mengharapkan publisiti ataupun wang ringgit. Misi utama adalah membantu dan memastikan mangsa selamat dan dibekalkan makanan.

Negara terhutang budi dengan semangat ditonjolkan mereka. Lebih terharu lagi mereka tidak memilih warna kulit atau agama dalam setiap misi bantuan yang dijalankan.

Tabik kepada hero yang tak didendang ini. Jasa dan kebaikan mereka dikenang sampai bila-bila. Sinar