• Tue. Sep 26th, 2023

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

TERKINI: Majlis Raja-Raja mesyuarat esok bincang pelantikan PM-10

Nov 23, 2022
Spread the love

Satu Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja diadakan esok bagi membincangkan pelantikan Perdana Menteri Ke-10 ekoran keputusan Parlimen tergantung selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), 19 November lalu.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadli Shamsuddin berkata, mesyuarat itu dijadualkan diadakan di Istana Negara.

“Perbincangan khas ini bertujuan untuk Seri Paduka mendapat pandangan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu bagi Baginda membuat keputusan demi kepentingan dan kesejahteraan negara dan rakyat,” katanya dalam kenyataan.