• Mon. May 29th, 2023

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Terowong SMART ditutup, Sungai Gombak melepasi paras bahaya

Oct 12, 2022
Spread the love

Terowong Lebuhraya SMART di ibu negara ditutup sepenuhnya kepada pengguna bagi melencongkan air banjir susulan hujan lebat yang melanda Lembah Klang, pagi ini.

Ia susulan paras air di beberapa sungai di sekitar ibu negara sudah melepasi tahap bahaya, amaran dan berjaga-jaga berikutan hujan lebat sejak beberapa jam lalu.

Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd (SMART) mengeluarkan pemakliman menerusi Facebook dan Twitter mengenai penutupan terowong sepanjang 9.7 kilometer itu sekitar jam 8 pagi tadi.

Sumber : @beritaharian