• Sun. Feb 9th, 2025

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Tiada jawatan EXCO untuk BN, ikhlaskah PH?

Jul 7, 2023
Spread the love

  1. PRU15 menyaksikan pengkhianatan terbesar Zahid Hamidi terhadap ahli UMNO apabila membentuk kerajaan bersama Anwar Ibrahim, sedangkan dalam Perhimpunan Agung UMNO sebelum itu, pendirian akar umbi UMNO adalah “No Anwar, No DAP”
  2. Hasil daripada pakatan sulit Anwar-Zahid ini, maka terbentuklah kerajaan sekarang ini. Koalisi ini menjadi panduan di peringkat negeri untuk membentuk kerajaan masing-masing.
  3. Di Selangor, BN yang sebelum ini merupakan pembangkang, secara automatik menjadi sebahagian daripada kerajaan Pakatan Harapan. Namun agak mengecewakan apabila kehadiran 5 ADUN BN ke pihak kerajaan umpama melukut di tepi gantang sahaja. Tiada apa-apa jawatan diberikan kepada mereka untuk berkhidmat dalam kerajaan.
  4. Kekecewaan BN ini terserlah apabila tidak hadir ke Jelajah Mega Madani Selangor yang dianjurkan Pakatan Harapan. Tiada kelibat Pengerusi UMNO Selangor mahupun Presiden UMNO sendiri di majlis tersebut. Hanya wakil BN sahaja yang kelihatan. Adakah BN tidak diperlukan oleh PH Selangor?
  5. Berbaloikah pengkhianatan Zahid Hamidi ini kepada ahli UMNO? Pada masa yang sama, ikhlaskah Pakatan Harapan menerima BN? Sedangkan PH mendabik dada sudah kuat di Selangor dan seakan-akan tidak memerlukan BN lagi.
  6. Rakyat perlukan masa hadapan yang lebih baik, dan penyelesaiannya itu ada pada Perikatan Nasional.

Ayuh! Undilah PERIKATAN NASIONAL.

Media Penerangan
Perikatan Nasional Selangor