• Fri. Feb 23rd, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Tiada rundingan MUDA-PH di Selangor, kenyataan Amiruddin mengelirukan

Jun 20, 2023
Spread the love

TIDAK ada sebarang rundingan antara MUDA dan Pakatan Harapan (PH) berkenaan kerjasama strategik, jumlah kerusi dan kawasan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN).

Justeru, Ketua Penerangan MUDA, Luqman Long berkata kenyataan Menteri Besar Selangor bahawa “MUDA akan meneruskan kerjasama dengan PH pada PRN akan datang” bertujuan untuk mengelirukan pengundi dan tidak menghormati MUDA.

“Kenyataan ini adalah salah, tidak benar dan merupakan persepsi peribadi Menteri Besar Selangor.

“Sebarang hal-hal berkenaan urusan PRN MUDA hanya akan diumumkan oleh MUDA, bukan PH,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau merujuk hantaran Facebook PKR yang memetik Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari sebagai berkata: “MUDA akan terus bekerjasama dengan PH dalam PRN”.