• Sun. Jan 26th, 2025

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

‘TIADA YANG KELAPARAN’ motto baru ADUN Gunung Semanggol

Dec 9, 2022
Spread the love

BAGAN SERAI, 08/12/2022 – Meskipun berada di blok pembangkang dan tidak menerajui kerajaan, namun komitmen membantu rakyat tetap menjadi keutamaan.

Dengan motto ‘Tiada Yang Kelaparan’ ADUN Gunung Semanggol Tuan Haji Razman Zakaria berjanji akan memastikan keperluan asas untuk rakyat dan hak mereka diberi perhatian.

“Kita akan sediakan beras sentiasa, Tidak ada siapa yang kelaparan dan insyaAllah kita akan memperjuangkan yang hak, makanan dan juga tempat tinggal. Ini keperluan asas”, ujarnya.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Perak berkata demikian sewaktu meninjau perkembangan proses pembinaan bangunan Pejabat Pusat Khidmat yang baru terletak di Batu 12 ½ Jalan Taiping.

Lokasi tersebut berada berhampiran Taman Serai Zamrud antara Parit Gabis dan Masjid Tinggi. Untuk makluman pejabat Pusat Khidmat ADUN Gunung Semanggol yang beroperasi bersebelahan Maybank Bagan Serai akan berpindah ke lokasi ini setelah bangunan disiapkan.

Menurut pihak kontraktor, bangunan tersebut dijangka siap dan dapat beroperasi selewatnya hujung Januari akan datang.