• Sat. Dec 7th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

“Tidak wajar DAP guna logo parti serah dana kerajaan” – Razman

Aug 24, 2023
Spread the love

SAYA serta barisan pembangkang mengecam akan tindakan tidak wajar oleh Menteri KPKT yang telah menggunakan logo parti bersebelahan jata negara dalam satu majlis penyerahan ‘mock cheque’ kepada beberapa sekolah SJKC dan SMK di Ipoh, Perak baru-baru ini bahkan menjadi kebiasaan seperti berlaku pada tahun 2019 dahulu dengan tambahan logo KPM. 

Boleh rujuk: https://malaysiagazette.com/2019/10/04/nga-kor-ming-peruntukan-sekolah-dari-wang-rakyat-bukan-ph/ 

Menggunakan peruntukan dan sumber dana kerajaan namun ditambah logo parti DAP/PH merupakan tindakan salah guna kuasa yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang berjawatan menteri.

Di mana agenda reformasi yang dilaungkan sebelum ini sehingga sanggup mempolitikkan dana kewangan kerajaan demi kepentingan parti. Inilah orang kata cakap tak serupa bikin.

Tumpu dan fokus kepada kerja mencari penyelesaian masalah dan ekonomi rakyat, bukan ingin mencari publisiti murahan melalui program yang dianjurkan seperti itu. 

Justeru, saya dan barisan pembangkang Perak sekali lagi mengecam serta menyelar tindakan publisiti murahan oleh Menteri KPKT tersebut dan menuntut permohonan maaf kepada rakyat atas keterlanjuran yang dilakukan. 

Usahlah menangguk di air keruh! 

Sekian. Terima kasih.

YB HAJI RAZMAN ZAKARIA
Ketua Pembangkang Dewan Negeri Perak 
Ahli Dewan Negeri Gunung Semanggol