• Mon. Mar 17th, 2025

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Tidak wajib lagi Imbasan MySejahtera, pelitup muka

Apr 27, 2022 ,
Spread the love

PUTRAJAYA, 27 APRIL 2022 – Imbasan kod QR MySejahtera tidak diwajibkan apabila memasuki premis atau tempat-tempat awam mulai 1 Mei ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, bagaimanapun, menggesa orang ramai supaya mengaktifkan fungsi MySJ Trace untuk tujuan pengesanan kontak.

Pada sidang akhbarnya, di Putrajaya, dia juga berkata, pemakaian pelitup muka tidak diwajibkan di luar bangunan (outdoor).

“Walau bagaimanapun, KKM menggalakkan agar pemakaian pelitup muka di luar bangunan terus diamalkan terutamanya apabila berada di kawasan ramai orang dan sesak seperti bazaar Ramadan, pasar malam, stadium,” katanya.

Menurut Khairy, pemakaian pelitup muka juga digalakkan kepada individu yang bergejala seperti demam, batuk dan selsema serta individu yang berisiko tinggi.