• Thu. Feb 6th, 2025

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Tiga jenama daging, Allana, Amroon dan Al-Aali, dijamin halal kata Timbalan Menteri

Dec 29, 2020 ,
Spread the love

Tiga syarikat pengeluar daging sejuk beku terbesar iaitu Allana Group, Amroon dan Al-Aali adalah antara pembekal daging yang dijamin halal, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Rosol Wahid.

Oleh itu, beliau berkata masyarakat Islam di negara ini tidak perlu berasa was-was dengan pembelian daging daripada tiga syarikat berkenaan.

“Jangan terpengaruh dengan maklumat tersebar di media sosial yang menyebarkan pelbagai andaian dan dakwaan kartel daging ini adalah haram dan sudah berlaku lebih 40 tahun,” katanya kepada media selepas mengadakan lawatan di syarikat pengimport daging sejuk beku di Fatric Sdn Bhd di Selayang di Kuala Lumpur hari ini.

Rosol berkata lawatan ke syarikat tersebut bagi memberikan keyakinan kepada masyarakat bahawa bekalan daging yang terdapat di pasaran adalah halal.