• Mon. Dec 9th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Tiga kategori remaja dibenar walk-in ke PPV

Sep 23, 2021 ,
Spread the love

PUTRAJAYA – Hanya tiga kategori remaja dan kanak-kanak yang dibenarkan hadir secara jumpa terus atau walk-in ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bagi mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.

Mereka adalah remaja berusia 17 tahun di institut pengajian tinggi (IPT), remaja tidak bersekolah dan remaja belajar di rumah (home schooling).

Perkara itu dijelaskan Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, KKM, Dr. Saidatul Norbaya Buang pada sesi taklimat media hari ini.

Saidatul berkata, mereka dibenarkan hadir ke 156 PPV Awam dan Integrasi ditetapkan di seluruh negara dan dikehendaki hadir ke sana dengan ditemani ibu bapa atau penjaga yang sah.

“Jika ibu bapa atau penjaga yang telah menandatangani Borang Persetujuan tidak dapat hadir, mereka perlu menyerahkan Surat Perwakilan kepada wakil berumur 18 tahun dan ke atas yang akan menemani remaja tersebut,” katanya.