Tiga perwakilan Dewan Muslimat Pas dari Sungai Petani, Kedah dilaporkan telah meninggal dunia akibat terlibat dalam kemalangan jalan raya pada Jumaat.
Perkara itu dimaklumkan ketika dalam sidang petang agenda ketiga Muktamar Tahunan Pas ke-69 yang berlangsung pada Jumaat..
Difahamkan, ketiga-tiga mereka sempat mendengar Ucapan Dasar Presiden Pas dalam Muktamar tahunan parti tersebut pada pagi Jumaat sebelum pulang ke kediaman mereka di Sungai Petani dengan menaiki kereta.