Baru saya sentuh tentang kehilangan berita parti kompenan PH… Tiba tiba sehari dua ni kalut gaduh sekutu tak sekupu… Terkini tiga ADUN PAN menyertai PKR..
Berita ini di sambut oleh luahan kecewa Salehudin Ayub.. Penuh sopan dan tertib gaya gadis pingitan meluah kekecewaan. Abg Din Ayob saje yang nampaknya masih ada suara setelah abg Mad Sabu meroyan kehilangan jawatan setelah pulang “round the world setahun lalu”.
Mahfuz nampaknya lebih berminat mengulas dua MP PKR menyertai PN dari memikirkan ADUN PAN yang bertaburan di kutip PKR di tepi jalan. Dia mungkin terlupa kerana sibuk berniaga petai kut.
ADUN PAN menyertai PKR nampaknya sangat tersusun dan teratur. Satu demi satu menumpang kasih dari rakan seperjuangan dalam PH itu. Saya tidak pasti apakah ia tanda kecewa atau ada yang menghulur tangan dari belakang. Kalau ikut kata kata ketua pemuda PAN itu.. Memang PKR main belakang sebab tikam belakang. Saya tak pasti kenapa PKR sering di kaitkan dengan main belakang.
Gelombang ADUN PAN keluar parti ini bukanlah pelik. PAN adalah parti yang baru lahir dan sekarang dalam proses tumbesaran. Bagai seekor ular, mungkin ini masanya salin kulit.
Ketua Pemuda PAN Malaysia yang juga bekas exco Perak yang menggegarkan arena bolesepak dengan isu piala celah kangkang lebih awal meninggalkan parti. Dengan isu piala celah kangkang pun kita dapat tahu perangai kebudak hingusan pemimpin PAN.
ADUN Meru, rakan sepermainan bekas KP PAN juga meninggalkan partinya. Menurutnya telah lama memohon malah “atas nasihat” seseorang. Tiga ADUN Johor juga mendedahlan telah lama memohon dan diluluskan. Cuma lewat diistiharkan seakan untuk membentuk gelombang berterusan. Apakah PKR ada dendam untuk mematikan rakannya itu.
Kalau ikut Rafizi, “kita tolong depa set up parti” memang jelas PAN parti yang di cipta oleh bekas rakan PAS dalam PR selain warna sebiji oren kegemaran pemimpin DAP. Paling menarik, Rafizi tulis kalimah PAN menggantikan amanah..
Kalau kita teliti komentar pemimpin PKR ternyata dendam itu berpunca sokongan pemimpin PAN kepada TunM. Ia adalah faktor menggagalkan Anwar menjadi PM. Walaupun Anwar telah mendapat beberapa sokongan dari MP umno yang mengurangkan majoriti muhyidin, tetapi tanpa sokongan kesemua MP PH Anwar masih gagal mendapat majoriti.
Pelikkan..? Setelah majoriti TSMY berjaya di kurangkan, tetapi Anwar masih gagal yakinkan SPB YDP Agong . Akhirnya sokongan dari beberapa MP umno yang di anggap rahsia berpatah balik.. Belanjawan yang di harap gagal untuk menunjukkan PM hilang majoriti diluluskan.
Anwar seakan boleh mendapat majoriti setelah beberapa pemimpin umno memberi sokongan kepada Anwar,, namun faktor perpecahan dalaman PH yang sebahagianya menyokong TunM menggagalkan usaha akhir Anwar.
Kita menanti apakah ada lagi ADUN PAN yang akan menyertai PKR.. saya juga menanti tindak balas pemimpin PAN yang menjadi MP.. ke mana mereka akan pergi..
Sakit sangat di tikam belakang.. Belakang siapa pula akan ditikam PKR atau pemimpin PAN yang sebelum ini menikam pemimpin mereka dalam PAS satu ketika dulu.. Saya akan tulis jika ada kesempatan…
FHOAS
280221
Ipoh
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=5829681850379158&id=100000122032873