Tindakan PAS mengekalkan kesepakatan patut dipuji – Annuar Musa
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata tindakan Pas mengekalkan hasrat mencari kesepakatan patut dipuji.
Menurutnya, ia menepati maksud dan panduan syariah dalam mencari kebaikan dan menolak kemudaratan yg lebih besar.
“Ia terus membuka pintu perundingan dan perbincangan.Begitu juga UMNO.Presiden telah membuka kunci permuafakatan,kerana hati kecilnya dan para pemimpin mahukan umat yang bersatu.
“Kita sememangnya diperintahkan Allah agar berpegang teguh pada tali Allah dan tidak bercerai berai.
“Teruskanlah usaha,kerana dimana ada daya,di situ ada jaya,” katanya menerusi kiriman di facebooknya sebentar tadi.